Monday, 19 August 2013

Sediakan payung sebelum hujan...

Salam ceria sahabat...=)

Hari ni sudah masuk 12 Syawal.
Ada yang dah mula bekerja, ada yang dah mula hantar anak ke sekolah malah ada juga yang baru nk bercuti rayer. Selamat bercuti yer!

Abis rayer je duit pun abis. *Pingsan*
Lepas rayer memang banyak nak pakai duit. Nak bayar itu ini, nak belanja itu ini, pendek kata semuanya perlukan duit.
"Duit simpanan kan ada. Apa nak risau..."
Kalau ada (yang patut diguna semasa kecemasan sahaja)..kalau takde mana mahu cekau???

Sebenarnya kita boleh mula menyimpan dengan nilai yang rendah...sekitar 10% dari gaji kita.

Kalau RM500 pun kita takde sekarang ni...I mean...RM500 pun xde dalam simpanan...kita sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Kita sebenarnya bergantung hidup pada gaji kita. Hilang kerja, hilang gaji...hilang wang perbelanjaan untuk hidup.

Disarankan asingkan sedikit wang gaji walaupun RM50 sebulan pun sudah cukup. Yang penting DISIPLIN!!!
Atau boleh cari alternatif untuk berniaga bagi menambah pendapatan dan simpanan....Tukar segala pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran menjadi sumber duit. MASYUKKKKK!!!!!hehe

 
Tima aceh sudi bace...=)

Minyak dan Business

Bila kereta nak berjalan, kena isi minyak. Cukup 5,000 km  kena tukar minyak hitam. Cukup 20,000 km kena tukar minyak auto gera. Beberapa minggu sekali kereta kena cuci. Ini adalah benda fizikal yang mudah untuk diterangkan  dan senang nak nampak.

Kalau nak berniaga pun kena isi minyak. Minyak hari-hari adalah dhuha. Nak bagi turbo pula adalah tahajud. Tambah booster, sedekah hari-hari. Major overhaul kena solat tasbih 4 rakaat dengan tasbih 300 kali. Ianya tak nampak logik sebabb makanan rohani tapi kesannya boleh nampak secara fizikal. =)

~~~Selamat beramal~~~

Thursday, 15 August 2013

Sebelum Tidur...Jadilah Seorang Yang Pemaaf

Ustaz Pahrol kata orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana...
Justeru jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah kecil...mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan...


Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri!

Wednesday, 14 August 2013

Doa untuk Mak Abah

Assalamualaikum wmt..

Morning peeps!
Dah 8 hari kita semua menyambut Aidilfitri yang mulia. Selamat Hari Raye semua!!! Pasti kalian bahagia menyambut raye dgn famili tercinta. Btul x btul x btul x.heee

Tetiba hati ni rindu kat mak abah. Balik beraye sekejap sgt ni ler jdnya. Nak tunggu mak abah dtg beraye kat Saujana Utama bandar indah dan permai terasa lama lagi. Sabarlah wahai hati. Semoga mak abah sihat hendaknya di istana mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku...mungkin aku tidak mampu membahagiakan ibubapaku dengan kemewahan dan kasih sayang...Dengan pertolongan-Mu...perkenankanlah doaku...Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka...

"Ya Allah...ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."

Aminn ya rabbal'alamin...

Sila abaikan budak bertudung hijau itu. ;>

Renungan...

ANAK adalah ANUGERAH...
ANAK adalah AMANAH...
ANAK juga ujian dari ALLAH...
Jadi didiklah dan semaikanlah kasih sayang dan belaian ke atas mereka...
My Bundle of Joy - Muhammad Rayyan Zafran Bin Hafiz