Wednesday, 14 August 2013

Doa untuk Mak Abah

Assalamualaikum wmt..

Morning peeps!
Dah 8 hari kita semua menyambut Aidilfitri yang mulia. Selamat Hari Raye semua!!! Pasti kalian bahagia menyambut raye dgn famili tercinta. Btul x btul x btul x.heee

Tetiba hati ni rindu kat mak abah. Balik beraye sekejap sgt ni ler jdnya. Nak tunggu mak abah dtg beraye kat Saujana Utama bandar indah dan permai terasa lama lagi. Sabarlah wahai hati. Semoga mak abah sihat hendaknya di istana mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku...mungkin aku tidak mampu membahagiakan ibubapaku dengan kemewahan dan kasih sayang...Dengan pertolongan-Mu...perkenankanlah doaku...Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka...

"Ya Allah...ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."

Aminn ya rabbal'alamin...

Sila abaikan budak bertudung hijau itu. ;>

No comments:

Post a Comment